nuffnang

Tuesday, January 18, 2011

Ketuat

msti rmai yg dah tau psl ketuat kan..
tp msti rmai yg xtau ape itu ketuat,jenis2 nyer,cara rawatannya..

1. maksud ketuat

Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras.
Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV).
Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak,
menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki.
Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.


*cntoh ketuat dkt ibu jari kaki..

2. Apakah jenis-jenis ketuat yang biasa?

• Ketuat yang biasa – kecil, keras, kasar ianya biasa terjadi pada jari.
• Ketuat plantar – tumbuh pada tapak kaki. Ia lebih berbentuk kalus atau kon tetapi
menghalang lapisan kulit biasa.
• Ketuat flat – terjadi pada muka dan tangan.

3. Apakah tanda-tanda gejala ketuat?

Ketuat biasanya tidak menyebabkan gejala, cuma mungkin ketuat plantar terasa sakit.

4. Bagaimana ketuat dirawat?

Kebanyakan ketuat akan hilang seluruhnya dalam masa beberapa tahun. Jika ketuat dirasakan
sakit atau disebabkan penggunaan bahan kosmetik, rujuk kepada doktor anda untuk rawatan
lanjut.

5. Bagaimana ketuat dapat dicegah?

Ketuat mudah berjangkit. Ia boleh dicegah dari merebak dengan :
• Tidak berkongsi sarung tangan atau kasut dengan orang lain
• Jagaan kebersihan diri yang baik
• Basuh dan keringkan tangan dengan kadar yang kerap
• Jangan berkaki ayam disekitar kolam renang


*jgalah kebersihan diri anda..

p/s: thanx pakcik wiki bgi info..

2 comments:

ZaTyouP said...

nk tambah ckit psl care nk cegah tu r..jgn sesekali gatai2 bersentuhan dgn org yg der ketuat nie,lg2 if bkn muhrim yer..^_^

LeHa said...

cik zaty : waaa..